LAwak pembubaran parlimen

Desas desus sememangnya bergerak dengan begitu pantas, apalagi dengan  kewujudan internet yang secepat kilat. Hari ini ada ura menyatakan bahawa PM telah memanggil semua ahli tertinggi BN untuk bermesyuarat.

Khabarnya, satu perubahan besar akan dibuat dalam senarai calon BN yang menyebabkan ramai cemas. Tapi keputusan bergantung sepenuhnya kepada PM, jadi bakal-bakal calon cuma perlu menunggu dengan tenang. Jika ada rezeki, adalah, jika tidak, redhakan saja.

Yang lucunya, Azmin ali sebagai timb. presiden PKR menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai tanda bahawa PM sudah bersedia untuk membubarkan parlimen, dan jika perhimpunan tersebut dibuat waktu pagi, parlimen mungkin dibubar petang ini-katanya. TApi jika difikir2 balik,, agak mustahil jika PM ingin membuat perubahan calon dan membubarkan parlimen dalam masa yang sama, kerana itu akan memeningkan kepala semua yang terlibat.

Sayangnya, perhimpunan hanya akan diadakan petang ini, jdi mustahil jika parlimen dibubar hari ini. Apapun, kita hanya perlu tunggu dan lihat, dan jika parlimen benar-benar bubar dalam masa terdekat, alamatnya semua akan berkejar kepada yang satu-UNDI!

Comments