Azwan Ali disiasat polis kerana ugutan bunuh terhadap Ummi Hafilda
18 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan
Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat
polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi
Hafilda Ali melalui laman twitternya.
Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan
dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya
dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat
laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai
tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan
dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.
“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci
kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum
ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.
“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom
ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini…kita kerat-kerat dan
kemudian kita bakar’.
“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah
keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi,
semalam.
sumber: hmetro.com.my/amekaw
Comments
Post a Comment