Kenapa bil elektrik naik mendadak(rumors)

Ada ura-ura menyatakan bahawa ada sebab lain yang menyebabkan bil elektrik naik, dan bukannya kerana penukaran meter baru yang dikatakan lebih tepat bacaannya. BAgaimanapun, ia hanya ura-ura dan belum boleh disahkan benar. JAdi anda tidak boleh menyaman saya kerana saya sudah menegaskan bahawa ia ura-ura sahaja.

Jika anda rajin mentelaah web portal politik, anda akan menemui kisah pinjaman kerajaan daripada KWSP yang bernilai jutaan ringgit(YTT lupa) yang dikatakan digunakan untuk pemberian wang BR1M sebanyak RM500 setiap keluarga miskin di Malaysia. MEnurut sumber-sumber tertentu, wang KWSP sememangnya dipinjam oleh kerajaan atas tujuan tersebut. NAmun jika kita sedar, wang KWSP adalah milik rakyat. Ini bererti, wang diberi kepada rakyat adalah wang milik rakyat juga. Bijakkah ia?ANda nilai sendiri.

Apabila kebelakangan ini bil api selalu naik berlipat kali ganda(cthnya dari RM30 lebih kepada RM80 lebih),  YTT antara yang terasa bahangnya. KEmudian seorang kawan rumah memberitahu, bahawa wang itu sebenarnya digunakan kerajaan untuk tujuan yang sama, iaitu BR1M! Jumlah yang dikeluarkan kerajaan untuk BR1m sememangnya banyak, namun tiada siapa yang mempersoalkannya memandangkan mereka mendapat wang! BEtul atau tidak, YTT tidak pasti. Kerana itu, artikel ini digelar rumor!

Jika benar kerajaan turut mengambil wang daripada TNB dan menyebabkan kos rakyat semakin meningkat, bukankah ia diibarat seperti telan mati mak luah mati bapak?Mungkin kita adalah bapak yang diluah, jadi kita kerugian gara-gara wang untuk rakyat yang juga kita. Apapun,  rumors ini banyak berlegar-legar dipejabat kerajaan dan swasta, namun tiada bukti kukuh yang dikeluarkan.

YTT: BR1M 2 bakal menyusul nanti, insyaAllah. Agak-agaknya, bil apa lagi yang akan naik??

Comments