2 Jun 2012
KULIM - Polis dari Balai Polis Inisiatif Bandar Selamat (IBS) Taman
Selasih bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menahan enam
remaja dipercayai terlibat dalam pengedaran air ketum, semalam.
Bagaimanapun anggota terbabit yang bertugas dalam operasi itu kecewa
dengan sikap seorang ibu yang terus membela anak lelakinya yang dalam
keadaan mabuk. Lebih menyedihkan, ibu dengan perwatakan bertudung itu
telah mengarahkan anaknya untuk minum minuman keras itu di rumah dan
tidak di tempat awam kerana bimbang ditahan pihak berkuasa.
Anggota Rela, Khairul Ramli berkata, seorang ibu tidak seharusnya bersikap memanjakan anak keterlaluan sehingga embenarkan anak meminum arak.
"Sebagai ibu, dia seharusnya bersikap lebih matang dan menasihati anaknya supaya tidak melakukan perlakuan mungkar. “Ketika remaja itu ditahan, dia masih boleh memberikan kerjasama walaupun dalam keadaan dibawah pengaruh alkohol.
Bila ibunya sampai ke balai polis, dia mula bersikap agresif apabila melihat ibunya menyalahkan polis dan Rela kerana menahannya," katanya.
Menurutnya, sebagai seorang Islam tambahan pula seorang ibu, seseorang itu tidak seharusnya membiarkan perlakuan anak minum arak, biarpun di rumah. Khairul berkata, sepatutnya ibu terbabit memarahi anaknya kerana berkelakuan sedemikian.
"Apabila perkara seumpama ini berlaku, barulah saya menyedari bahawa ada dalam kalangan ibu bapa yang memanjakan anak sehingga merosakkan mereka.
"Tidak salah kalau saya katakan keruntuhan akhlak remaja hari ini berpunca aripada sikap ibu yang sering menyalahkan orang lain dan membela anak mereka yang bermasalah,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu, Hassan Razak kecewa dengan sikap ibu yang terlalu melindungi anak sehingga memesongkan akidah mereka.
Katanya sekiranya ibu itu seorang yang solehah, maka dia tidak akan menyuruh anaknya melakukan maksiat dan perbuatan yang dimungkari ALLAH.
“Saya tidak menafikan ada ibu yang merosakkan anak mereka sendiri dengan memberikan kasih sayang yang keterlaluan.
Ibu seharusnya menghalang anaknya darimeminum arak dan sebagainya, bukan menggalakkannya berbuat demikian di rumah.
"Ini mungkin disebabkan kejahilan dalam agama. Ibu itu harus sedar bahawa arak merupakan raja kepada segala maksiat.
Apabila eseorang itu mabuk dia boleh melakukan kemungkaran seperti membunuh dan berzina,” katanya.
-sinar harian-

Comments
Post a Comment