Berita baik untuk peminat setia penyanyi terkenal, Justin Bieber.
Penyanyi yang sedang hangat dengan single 'Boyfriend' ini bakal kembali
menggegarkan Malaysia sempena MTV World Stage 2012 yang dijadualkan akan
berlangsung pada 14 Julai ini.
Selain Bieber, bintang lain yang telah mengesahkan membuat persembahan dalam konsert ini adalah artis k-pop, Jay Park dan KARA serta penyanyi tanah air, Mizz Nina.
MTV World Stage 2012 akan berlangsung di Sunway Lagoon Surf Beach pada 14 Julai ini.
Ini adalah kunjungan kedua Bieber yang kali pertama mengadakan konsert sulungnya di negara ini pada 21 April, tahun lalu.
-media hiburan-
Comments
Post a Comment