Josh Henderson selesa "single"

LOS ANGELES 24 Jun - Bintang rancangan bersiri televisyen Dallas, Josh Henderson mengakui dia kini solo.

Henderson, 30, bagaimanapun menyatakan punca dia kini tidak berteman bukan disebabkan dia terlalu memilih.

"Saya sebenarnya tidaklah terlalu berharap untuk mendapatkan wanita yang saya idamkan.

"Namun, ketika memulakan sesuatu hubungan, saya akan menarik diri jika mengetahui dia telah menyelidik mengenai latar belakang saya," katanya kepada Us Weekly, baru-baru ini.

Henderson sebelum ini pernah bercinta dengan Ashlee Simpson, 27, Paris Hilton, 31, dan Brittany Snow, 26.

Bintang filem Step Up itu menegaskan, dia mahu wanita yang menyukainya kerana dirinya yang sebenar dan bukan disebabkan apa yang dilakukannya.

"Saya akan cuba menilai seseorang sebelum menjalin hubungan dengannya dan jika dia mula bertanyakan banyak soalan mengenai apa yang saya buat, ia sesuatu yang tidak saya senangi.

"Saya lebih suka wanita yang tidak mengenali siapa saya," ujarnya. - AGENSI

Comments