Jejaka kacak minggu ini:Sabhi Sadhi


Hah, tak kenal jejaka kacak ni?Hmmm...rugi rugi..

Rasanya dah ramai yang kenal dengan jejaka ni.. Tapi buat yang tak kenal tu, inilah penyanyi lagu berhantu "Nadiku".

Nadiku bagaikan berlalu, nantiku, nantikan apa berlaku padamu...

Eh, terbawa-bawa pula dengan lagu yang ala-ala mendayu2 ni.YTT memang minat dengan lagu tu sebenarnya.

Sabhi adalah bekas ahli kumpulan Edesco, bersama dengan Adam AF2. Masa tu tak silap dia join sekali AF, tapi tak terpilih. Bukan nasib kot. Apabila Adam start famous, barulah namanya start naik perlahan-lahan, tapi bukan menumpang. Dengan suara lunaknya dan rupa yang hensem tu, dia akhirnya berjaya bertatih perlahan-lahan.

Nadiku membuka laluan baru buat Sabhi Sadhi dan menaikkan namanya. LAgu ni mula ke udara sebagai OST drama-drama. tapi sebab lagu tu best, ramai yang start mencari-cari lagu apakah itu, dan siapa yang menyanyikannya.


Sedikit Pengenalan Diri

Nama: Sabhi Sadhi
Tarikh Lahir : September 4, 1984
Asal: Sandakan, Sabah
Lokasi sekarang: Kuala Lumpur
Genre: R&B, pop, jazz and soul
Record Label :Julang Kemuncak
Manager :aszuad zakaria

Meriahnya dikelilingi wanita-wanita cantik..inilah untungnya jadi hensem ni..
Antara mereka-mereka yang menjadi idolanya ialah stevie wonder,luther vandross,anuar zain,marcell,toshinobu kubota,omar,glenn fredly,chrisye,mazlan hamzah

Beliau baru sahaja mengeluarkan beberapa lagu seperti:

1.Tanpamu, OST bagi Movie Nur Kasih, berduet dengan Helena dari Indonesian Idol,
2. Seperti dulu duet dengan Vienna Frydianna (Indonesia)
3. Single kedua, Jalan Pulang , daripada Arizal Thani
4. Video klip Nadiku dll..

Beliau juga dalam proses pembikinan album baru, yang melibatkan banyak komposer yang hebat-hebat. Apapun, nantikan saja lagu-lagu berhantu beliau.













Comments