SUBANG JAYA: Pelakon Izara Aishah menganggap pertelingkahan
yang berlaku di antara dua rakannya iaitu Neelofa dan Anzalna sebagai
perkara kecil dan boleh diselesaikan.
Izara, 20, berkata, dia berharap kedua-dua pelakon itu dapat
menyelesaikan perkara tersebut dengan baik tanpa pergaduhan kerana ia
adalah satu perkara remeh selain boleh memalukan mereka.
"Sejujurnya saya tidak faham apa yang menganggu mereka sehingga berlaku perbalahan ini.kedua-duanya sudah mengecap populariti dan berada dalam kedudukan tersendiri.Sebagai kawan saya berharap mereka berfikir panjang sebelum
mengatakan sesuatu dan fikir tentang masa depan," ujarnya ketika ditemui
selepas pelancaran drama Naziha dan Bukan Bidadari di sini pada Selasa.
Izara berkata, dia tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan
Neelofa dan Anzalna namun tidak mahu terus melihat mereka bertengkar
mengenai perkara remeh.
Dalam pada itu, Izara memberitahu, dia tidak mempunyai sebarang
masalah dengan kedua-dua pelakon tersebut sejak mereka sama-sama
menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010.
Kata Izara, walaupun kes perselisihan faham antara mereka bukan
rahsia semenjak pertandingan itu tetapi dia tidak pernah masuk campur
dalam isu mereka berdua.
"Mereka adalah kawan saya dan tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak dan saya lebih senang buat hal sendiri.
"Namun saya berharap mereka dapat berbaik-baik kerana masing-masing sudah besar dan mempunyai nama dalam industri," ujarnya.
Sementara itu, Izara berpendapat golongan artis tidak perlu
menggunakan medan laman sosial seperti Twitter atau Facebook untuk
menghentam orang lain atau menyatakan sesuatu yang tidak penting.
Ini kerana katanya, peminat dan masyarakat sentiasa memerhati dan
menilai sikap seseorang artis yang akhirnya akan merugikan mereka.
"Twitter dan Facebook itu adalah hak mereka dan boleh buat apa sahaja
yang mereka mahu tetapi fikir dahulu sebelum meletakkan sebarang status
atau komen kerana ia mungkin tidak disenangi oleh orang lain," ujarnya.
Comments
Post a Comment