Isu dana RM 300 juta, mungkinkah Rafizi terselamat?


Tindakannya meletakkan jawatan sebelum isu ini dikeluarkan ternyata satu langkah selamat buat Rafizi kerana beliau terlepas daripada skandal yang dikaikan dengan dana geran Selangor bernilai RM300juta, sekaligus menyelamatkan reputasinya sebagai pemimpin yang belum tercalar imejnya.

Sama ada disengajakan atau secara kebetulan, ia merupakan rahmat buat beliau kerana sukar untuk mengaitkannya dengan dana tersebut setelah beliau meletak jawatan walaupun beliau pernah bergelar Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Walau bagaimanapun, beliau tetap perlu berwaspada. Beliau mungkin telah meletakkan jawatan, namun jika terdapat walau sedikitpun penyelewengan wang dibawah kelolaannya ketika beliau bertugas, beliau tentunya akan dipertanggungjawabkan. Jika Rafizi ada sedikit kaitan sekalipun dengan isu tersebut, namanya mungkin akan tercalar dan sebaris dengan nama Anwar dan Azmin.

Beliau antara yang bertanggungjawab dalam setiap dana yang melibatkan wang negeri Selangor, namun tidak ada sebarang salah laku yang boleh dikaitkan dengan beliau. Justeru, beliau menjadi kepercayaan parti dan calon kegemaran ramai. Selain reputasinya yang bersih, sikapnya yang ramah juga menyebabkan beliau disenangi ramai.

Lucunya, ada pihak mula membuat tuntutan supaya beliau membayar kembali setiap gaji yang diterima atas alasan beliau tidak ikhlas bekerja. Namun jika difikirkan semula, duit gaji adalah hak milik dia sendiri, sama-ada ikhlas atau tidak hanya tuhan yang tahu. Halal haram duit tersebut bergantung kepada Allah, bukan manusia.

Sama ada beliau terselamat atau tidak, itu bergantung kepada bagaimana BN menjalankan strategi mereka. Buat Rafizi, beliau tidak perlu takut jika benar dan tidak pernah melakukan kesalahan. Buat semua ahli politik, fikir panjang sebelum melakukan kejahatan. Setiap perbuatan yang dilakukan bakal terbongkar jua, didunia atau akhirat.


Comments