Irma HAsmi-artis cantik manis sah jadi isteri


YTT baru terbaca khabar gembira tentang seorang artis wanita malaysia yang kini manis bertudung, apabila beliau selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, hari ini.

SIapa artis wanita tersebut?Beliau ialah Irma HAsmi yang juga bekas kekasih pelawak negara, Nabil Ahmad. Sejak tampil dengan imej sopan bertudung, beliau nampak begitu manis dan cantik. Tidak hairanlah jika ramai yang menggilainya. Sayangnya, peluang sudah tertutup kerana beliau telahpun dimiliki.

Menurut cerita yang YTT pernah dengar sebelum ini, beliau bertemu dengan pasangannya itu di Mekah. Itu ertinya satu rahmat besar kerana jodoh yang diperolehi di tanah suci adalah jodoh yang sangat diberkati. Jika kenyataan YTT salah, maaf dipinta. 

Apapun, tahiah buat beliau. Ini keratan daripada gua.com.my yang YTT copy paste. 

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon serta pengacara, Irma Hasmie Ibrahim kini sah menjadi isteri kepada Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan, sebentar tadi. 

Pasangan yang dipertemukan di Kota Suci Mekah ini dinikahkan sendiri oleh bapa Irma, Ibrahim Othman di hadapan Imam Masjid Besi Putrajaya, Ustaz Muhd Redza di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, kira-kira jam 3.55 petang.

Irma yang tampil ayu dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima 11 dulang hantaran manakala pihak lelaki menerima 13 dulang hantaran. 

Comments