SHAH ALAM – Gangguan bekalan air tidak berjadual dianggarkan
menjejaskan sekitar 8,000 akaun pengguna di sekitar Kuala Lumpur
berikutan kerja- kerja berjadual mengalami sedikit masalah teknikal
menyebabkan berlaku sedikit kelewatan untuk menyalurkan bekalan air.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataannya berkata,
Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau telah diaktifkan Syabas
Wilayah Kuala Lumpur pada jam 2 petang ini berikutan kerja pemasangan
injap kupu-kupu bersaiz 450mm di paip outlet kolam Sedutan Pudu Ulu Lama
yang dijadualkan siap semalam telah mengalami sedikit masalah teknikal
menyebabkan berlaku sedikit kelewatan untuk menyalurkan bekalan air.
Menurutnya, kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air yang
tidak berjadual ini termasuk Jalan Tenteram;Taman Midah;Taman Bukit Ria;
Taman Pertama;Taman Desa Aman;Taman Cheras Makmur;Taman Cheras
Utama;Taman Sri Bahtera;Taman Supreme;Taman Cheras;Taman Bukit
Mewah;Jalan Kuari Bukit A dan Sebahagian Kampung Cheras Baru; Kampung
Semerah Padi; Taman Rajawali; Jalan Yaakob Latif dan Jalan Cheras Batu 4
½.
Tindakan mengaktifkan ERP Kod Hijau adalah untuk memastikan
kawasan-kawasan terlibat mendapat bantuan dan usaha mengatasi masalah
bekalan air kepada pengguna ini dapat dilakukan dengan segera, manakala
bekalan air ke semua kawasan yang terlibat pula dijangka pulih secara
berperingkat-peringkat mulai tengah malam ini sehingga selewat-lewatnya
pada jam 6 petang esok.
"Syabas juga telah menyediakan sebanyak 10 buah lori tangki untuk
bersiap sedia bergerak ke kawasan yang memerlukan bantuan bekalan air
pada bila-bila masa diperlukan,” katanya.
Mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki
ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air
tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan
Pelanggan di talian bebas tol, 1-800-88-5252.
Comments
Post a Comment