WAH! Dalam
diam rupa-rupanya pelakon kesayangan ramai, Fazura sudah membuka butik sendiri
yang diberi nama House of Doll di Jalan Telawi 3, Bangsar, Kuala Lumpur, Ahad
lalu.
Akhirnya
impian pelakon filem Gol & Gincu ini tercapai juga. Hits memang tahu
bahawa Fazura memang cukup obses dengan pakaian dan kasut, sesuai dengan status
dirinya sebagai selebriti.
Jadi, apabila
dia membuka butik, itu bukan sesuatu yang mengejutkan. Setidak-tidaknya, dengan
pembukaan butik itu ia menunjukkan Fazura cukup bijak merencana masa depannya.
Sebelum ini
pun dia sendiri pernah memberitahu tidak mahu berlakon sampai tua. Dengan
adanya bisnesnya itu, ia dapatlah menampung kehidupannya kelak.
Tetapi, apa yang
tidak enaknya apabila ada kata-kata nakal yang mengatakan House of Doll itu
telah ditaja oleh seseorang yang rapat dengan dirinya, membuatkan Fazura berasa
kurang selesa.
"Mengapa
sehingga ke hari ini masih lagi ada yang berfikiran negatif seperti itu?
Tidakkah mereka sedar bahawa selain berlakon, saya juga mengacara dan menjadi
duta produk? Saya ada pendapatan saya sendiri melalui kerjaya bidang seni.
"Sudah-sudahlah.
House of Doll ini semuanya terhasil dengan usaha dan titik peluh saya sendiri.
Minta maaf! Soal taja-menaja ini tidak benar sama sekali," tegas Fazura
mempertahankan dirinya.
Ha, dengar
tu! Tak baik tau tuduh yang bukan-bukan. Ingat artis Malaysia sengkek sangat ke
sampai tak mampu nak buka bisnes dengan duit sendiri?
Lagi satu,
Fazura juga ada memberitahu yang dia sendiri memakai koleksi baju yang dijual
di butiknya.
Lebih hebat
lagi, pelakon jelita ini turut berkolaborasi dengan pereka fesyen yang juga teman
baiknya, Rizman Ruzaini dalam menghasilkan busana eksklusif. Wow! Memang kelas
Fazura.
Ytt: Ramai
orang tahu Fazura ni banyak sumber pendapatannya. Pelakon, Model, etc, dah
lebih dari cukup rasanya kalau setakat nak bukak butik. lagipun dia bukannya baru
dalam industri ni. Tapi betullah, rindunya nak tengok akak kite yang cantik ni
berlakon lagi..Bila lagi kak Fazura???-utusan-
Comments
Post a Comment