JOHOR BAHRU – Sebuah agensi pekerjaan sanggup mengusir seorang lelaki
dari Sabah yang berhasrat hendak mencari kerja di Singapura sebaik
sahaja mendapati lelaki itu mempunyai masalah mental.
Agensi pekerjaan berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu hanya
menyedari Ho Kok Hung, 50, yang berasal dari Kota Belud mengalami
masalah tekanan mental selepas membawanya untuk bekerja diSingapura,
seminggu lalu.
Kok Hung mendakwa, dia mengetahui mengenai peluang pekerjaan di
Singapura selepas terbaca sebuah poster ketika bersiar-siar di Kota
Kinabalu, beberapa minggu lalu.
Selepas menghubungi nombor yang tertera, dia kemudiannya diarah membuat
pasport dan diterbangkan ke Singapura dengan segala perbelanjaan
ditanggung agensi.
“Saya tidak kenal mereka, niat saya hanya ingin bekerja, malah saya dibelikan pakaian dan kasut baru oleh agensi.
“Sebaik tiba di Singapura, tiba-tiba mereka mengatakan tiada pekerjaan
sesuai buat saya, lalu membawa saya ke sini (Johor),” katanya yang masih
bingung.
Kok hung berkata, pasport miliknya juga dirampas dan dia dibiarkan tanpa arah tujuan sejak tiga hari lalu.
“Saya kemudian bertekad mendapatkan bantuan di Balai Polis Taman Universiti.
“Bersama saya hanya ada sebuah beg pakaian, buku simpanan dengan baki
RM13.06 dan saya tiada wang untuk pulang kekampung halaman di Kampung
Tombol, Sabah,” katanya.
Sementara itu, bertindak atas maklumat awam, polis menghubungi Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru untuk tindakan lanjut.
Hasil siasatan awal mendapati, Kok Hung merupakan penerima Bantuan Am RM190 sebulan dan disahkan OKU mental.
Sementara itu, Pegawai JKM, Manayi Ibrahim memberitahu, lelaki
berkenaan akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan di sini buat sementara
waktu selama 30 hari selaras dibawah Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977.
“Pihak kami juga akan berusaha mencari waris berdasarkan alamat di MyKad,” katanya
-apalah dunia ni. dah tau orang tu tak sihat, hantarlah ke tempat asal balik. Boleh pulak ditinggalkan tempat lain. Kalau orang tu memang boleh berfikir secara normal ok lagi. Agensi macam tu, patut kena saman je.
Comments
Post a Comment