David Beckham: Duta Majlis Pembukaan Olimpik

David yang akan bermain untuk England turut diberi penghormatan untuk menjadi duta majlis pembukaan sukan  terbesar dunia itu.

David Beckham, 37 adalah sebahagian daripada 35 nama yang telah disenaraikan kepada FIFA oleh pengurus kumpulan Britain, Stuart Pearce, jumaat ini.

Ini bererti, dia adalah antara 18 orang yang terpilih pada pemilihan terakhir.

Walaupun permainan bolasepak Olimpik adalah untuk pemain berusia 23 tahun kebawah, lebih tiga orang  pemain yang umur lebih dari itu dibenarkan. Mereka adalah David Beckham, Ryan Giggs, dan Craig Bellamy.

Bagaimanapun, tugasannya di atas padang masih belum dipastikan kerana beliau dikatakan akan menjadi watak utama dalam perasmian Olimpik nanti.

Comments