WICHITA, Kan. (AP) — Seorang budak perempuan Kansas berusia 12 tahun ditemui selamat di Michigan, sehari selepas dia meninggalkan rumah dengan seorang lelaki Kanada yang dikenalinya melalui internet.
Budak perempuan dan lelaki terbabit berhenti ketika sedang memandu di bahagian barat daya Lansing, kata Leftenan polis, T.J. Riegle.Kedua-dua mereka ditahan polis "untuk menyelesaikan kes".
"Saya berterima kasih kerana dia sudah ditemui dan selamat, dan saya rasa ini akan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kes sebegini.", kata Butler County Attorney Darrin Devinney di Kansas. Devinney mengesahkan bahawa gadis itu ditemui selamat, tapi tiada keterangan lanjut diberi.
Menurut Ketua Polis Tom Boren
in El Dorado, Kan., ibubapa gadis itu memberitahu penyiasat bahawa kali terakhir mereka melihat gadis itu ialah pada jam 2 pagi Khamis lepas dan percaya dia meninggalkan rumah dengan Kenneth Stewart McGill, 20, yang berasal dari Ontario, Kanada. Mereka melaporkan kehilangannya 12 jam kemudian.
Bapa budak perempuan itu enggan memberikan sebarang komen kepada AP, dan beliau gagal dihubungi sejurus selepas anaknya ditemui.
McGill sebelum ini dilaporkan hilang dan cuba membunuh diri oleh keluarganya.
Comments
Post a Comment