Jom ke Genting Highlands!

Waktu-waktu cuti hujung minggu, kebanyakan orang bandar (KL &Selangor) ni biasanya suka menonton wayang, atau jalan-jalan kat shopping kompleks. Tapi kalau tiap-tiap minggu pergi tempat yang sama, tentu bosan kan? Buat macam YTT ni, mana boleh nak pergi tempat sama jer..Kalau setakat tempat yang sama, baik YTT tdo kat umah kan?

Dua minggu lepas YTT pergi sungai lagi. Siap jadi tarzan main terjun2 lagi. Tak senonoh kan?Mana tahan cabaran macam tu. Ingat lelaki je boleh jadi tarzan?Perempuan pun boleh juga. Tiga empat kali jadi tarzan, YTT hampir2 lemas lagi. Nasib baik ada kawan yang pandai berenang. Tapi rasa lemas tu, memang  perit!Ingatkan dah nak mati dah.

Sebelum naik kereta kabel, kite posing dulu..
Okey, wayang dah, shopping kompleks dah, sungai pun dah. SO, bila dah bosan2 sangat, apa kata planning pergi jauh sikit? Jom meronda Genting pulak! Nak adventure?Macam-macam ada kat sana.

Agak menakutkan naik kereta kabel ni, tapi seronok!
Perjalanan dari shah alam ke Genting bukannya jauh sangat. Dalam sejam lebih sikit, dah sampai. Kalau waktu pagi, kawasan tu memang sangat berkabus. Kalau  rasa nak melawat ladang strawberry, anda boleh straight ke puncak genting guna kereta. Tapi kalau nak pengalaman yang lebih thrill, apakata naik kereta kabel?

     

Bayaran untuk naik kereta kabel ni takdelah mahal sangat. Kalau naik ferris wheels kat I-City yang seround tu dah RM10 kan? Perjalanan 3km, melalui pemandangan saujana yang indah, memang berbaloi dengan tiket berharga serendah RM6 sahaja untuk setiap orang.

Pada yang gayat, apa kata cuba je dulu. Mana tahu gayat tu hilang! Walaupun agak menakutkan dan sayup2 je, tapi rasa macam naik ke langit pulak. Lagi dekat dengan Genting, lagi kabur pandangan. Kabus tebal buat kita rasa naik atas awan, sampaikan tali pun tak nampak tau!

Waktu pagi2 ni, kabus tebal giller..
Keluar dari hotel Genting, kabus yang menyebabkan kami tak nampak jalan ke tempat yang kami nak pergi. Jadi kami pusing punyalah jauh sampai lenguh kaki.Bila dekat nak balik, kabus pun makin kurang. Jadi kami boleh nampak dengan jelas kawasan sekeliling. Masa tu, baru nampak keadaan sebenar dan baru sedar, yang bangunan yang kami nak pergi tu sebenarnya kat depan pintu hotel yang kitaorang keluar je tadi..hadui...

Ada gaya tak?hehe..
Inilah dia pemegang kereta kabel tu..
Apapun, YTT n da geng rasa seronok sebab kami dah jelajah habis kawasan sekeliling.Mungkin kami tak masuk kawasan outdoor atau main apa-apa games, tapi yang tu lain kali je kot. Tengok orang lain main sampai nak keluar tekak menjerit pun dah buat YTT n da geng kecut perut..Lain kali ye...heheh...

Kalau nak tambah thrill, beli tiket untuk Genting Outdoor, sebab macam-macam ada

Kalau sesiapa yang nak testing Genting outdoor, boleh je. Pergi awal2, dan main puas-puas tau! Sekurang-kurangnya berbaloi bayaran yang korang masuk. Tak silap, RM 50 setiap orang. Tapi dalam tu, macam-macam ada!


YTT: Nak tengok banyak lagi scenery kat Genting?Jom tengok Gilegraphique

Comments