Bilakah tarikh PRU13 yang sebenarnya?


1. Spekulasi tarikh PRU13 begitu hebat dibincang, diramal dan didebatkan. Bermula dengan bulan Mei, sekarang sudah masuk awal bulan Jun.
 
2. 11hb Jun hingga ke 21hb Julai depan adalah satu tempoh yang semakin singkat (38 hari) untuk menyusun langkah membubar, penamaan calon, berkempen dan hari mengundi. Dalam tempoh ini,

a. Israk dan Mikraj jatuh pada 17hb Jun.
b. Ulang Tahun TYT Pulau Pinang pada 14hb Julai.
c. Hari Keputeraan Sultan Terengganu pada 20hb Julai.

3. 21hb Julai adalah Awal Muharram dan umat Islam mengerjakan ibadah puasa sehingga 20hb Ogos.

4. Hari Raya Puasa menyusul dan kemudiannya diikuti dengan Hari Kebangsaan pada 31hb Ogos 2012.

5. PRU13 pada bulan September turut menjadi bualan ramai. Ketika itu hanya ada 2 hari keramaian iaitu Ulangtahun TYT Negeri Sarawak pada 8hb September dan Hari Malaysia pada 16hb September.

6. Tetapi terdapat satu lagi tarikh yang sangat penting iaitu 28hb September 2012 iaitu hari pembentangan Bajet 2013.

7. PRU13 pada bulan September? Penulis tidak nampak ada keperluan untuk DS Najib Razak mengadakannya pada bulan itu. Penulis berpendapat bahawa perlaksaanaan Bajet 2013 itu yang lebih penting.

8. Penulis juga menjangka hujung bulan September hingga tarikh PRU13 nanti sebagai tempoh Pakatan haram pembangkang untuk menggunakan 2 tektik lapok dan murahan mereka iaitu 'Bajet 2013 adalah bajet atau gula-gula pilihanraya' dan 'Najib Razak 'cilok atau tiru' bajet pembangkang.

9. Maka, rakyat perlulah bersiap sedia mengharungi sandiwara parti pembangkang dan tidak hanyut dengan omong kosong serta janji manis mereka yang boleh menyebabkan negara tercinta ini ini jatuh bangkrap.

10. Dalam masa yang sama, pembentangan dan perlaksanaan Bajet 2013 sekaligus akan membuktikan pembohongan serta memalukan kepimpinan Pakatan haram pembangkang yang sebelum ini terpekik melolong kononnya Bajet 2012 adalah 'bajet pilihanraya'.

11. Bulan Oktober pula terdapat :

a. Ulangtahun TYT Negeri Sabah pada 6hb.
b. Hari Keputeraan TYT Negeri Melaka pada 13hb.
c. Ulangtahun Sultan Pahang pada 24hb.
d. Hari Raya Haji pada 26 - 27hb.

12. Bagi penulis, Perdana Menteri juga tiada keperluan untuk mengadakan PRU13 pada bulan Oktober.

13. Jika begitu, bilakah bulan yang sesuai untuk PRU13? Penulis akan sambung di artikel seterusnya.

14. Apa pun, yang penting ialah jentera dan seluruh kepimpinan parti mesti sentiasa bekerja keras serta buktikan bahawa parti BN adalah yang terbaik.

15. Satu perkara yang ingin penulis kongsi dengan kepimpinan UMNO/BN dan anda semua. Pengundi berumur :

a. 21 hingga 29 tahun - 2.3 juta orang.

b. 30 hingga 39 tahun - 2.8 juta orang.

c. 40 hingga 49 tahun - 2.8 juta orang.

d. 50 hingga 59 tahun - 2.3 juta orang

16. Daripada keempat-empat golongan ini, pengundi berumur 50 hingga 59 tahun merupakan golongan yang majoritinya sudah sudah membuat keputusan tentang parti politik.

17. Daripada sini, kita sudah tentu nampak pemfokusan generasi yang perlu dilakukan oleh kepimpinan UMNO/BN untuk berjaya dalam PRU13.

18. Pemfokusan generasi celik internet juga memerlukan penekanan yang sangat penting kepada media alternatif seperti facebook, blogs, twitters dan cybertroopers.

19. Malah, keperkasaan media alternatif kerap kali ditekankan oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

20. Yang terbaru ialah kenyataan Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang yang turut menekankan kepentingan, siapsiaga dan kekuatan media alternatif untuk menyerang dan menerangkan segala tohmahan dan putar belit DAP dan parti pembangkang.

21. Kata mudah, tiada kompromi di dalam memperkasakan jentera media alternatif yang sebelum ini jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jentera pro-pembangkang.



*Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Comments