KUALA
TERENGGANU 2 Jun - Dua pelajar yang menerima tajaan kerajaan negeri Terengganu
yang dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka,
April lalu, bakal ditarik balik pinjaman.
Difahamkan
salah seorang daripada mereka yang sedang menuntut di Trefound Educare dekat
sini, dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan seorang Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) pembangkang negeri itu.
Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan itu sebagai amaran terhadap
sikap mereka yang seolah-olah mencabar kerajaan negeri sedangkan sudah sedia
maklum syarat dan peraturan sebagai pelajar untuk tidak terlibat dengan
perhimpunan haram tersebut.
Menurut
beliau, kedua-dua pelajar berkenaan telah diberikan surat tunjuk sebab dan
nasib mereka bakal diketahui selepas mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan
Terengganu diadakan dalam masa terdekat.
"Kita
kesal dan kecewa kerana masih ada pelajar-pelajar yang tidak mengambil iktibar
selepas sembilan pelajar sebelum ini dikenakan tindakan sama kerana menyertai
demonstrasi haram di luar negara.
"Selain
dua pelajar ini, kita juga sedang mengumpul bukti terhadap beberapa lagi pelajar
lain termasuk di bawah tajaan dan pinjaman Yayasan Terengganu yang disyaki
turut terlibat dalam demonstrasi itu," katanya kepada pemberita ketika
ditemui pada Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu pada Hari Keluarga
1Malaysia di sini semalam.
Menurut
Ahmad, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar itu
ekoran
rakaman video yang turut dimuat naik sendiri kedua-duanya pelajar itu menerusi
laman sosial masing-masing.-utusan-
Comments
Post a Comment