Azwan Ali insaf, berbaik dengan Umi Hafilda

Azwan Ali dan adik beliau Umi Hafilda Ali mengambil keputusan untuk kembali berdamai setelah kontroversi melanda di kalangan mereka. Azwan dalam satu sidang media yang diadakan hari ini mendakwa, Negara bakal kehilangan seorang pengkritik hebat yang menentang usaha Umi Hafilda membongkar perilaku salah seorang adik beradik mereka iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali setelah beliau mengambil keputusan untuk berbaik semula demi menjaga maruah keluarga.


"Saya akan turut menghentikan tweet mengenai Pemimpin Politik. Negara bakal kehilangan pengkritik pedas," jelas Azwan.
 
Sementara itu, Umi Hafilda turut menasihatkan Azmin agar kembali ke pangkuan keluarga dan meninggalkan perjuangan PKR yang dakwanya menjadi punca perpecahan keluarga mereka.
 
"Harapan saya agar Azmin kembali ke pangkuan keluarga dan meninggalkan (perjuangan) Anwar," katanya.

Comments