Antara dua parti

Oleh: YTT

Percaya atau tidak, untuk memutarkan isu berkaitan barisan nasional lebih mudah berbanding isu berkaitan pakatan kerana sumber maklumat yang ada, lebih menjurus kepada isu-isu kontroversi isu-isu berkaitan rahsia yang didapati dalam barisan nasional, dan isu dalam pakatan lebih berkisar kepada isu-isu skandal yang tertumpu kepada satu dua calon.

Terlalu banyak sumber maklumat yang boleh YTT dapati, dan terlalu banyak cerita yang YTT tulis. Malangnya, YTT terpaksa berdiri di atas satu paksi yang menyebabkan YTT tidak boleh bias kepada mana-mana pihak. Banyak yang YTT tulis, tapi hanya yang berkaitan dengan kerja akan dikeluarkan. So I decide to put the other rejected one on my blog. Rejected tak bererti tak bagus, cuma mungkin kurang sesuai digunakan.

Tak mahu menulis panjang, YTT cuma mahu memutarkan isu yang membelenggu hati dan fikiran. Sebagai penulis berita politik, YTT tidak mahu bias. Jika ada persoalan yang YTT rungkai dari mana-mana pihak namun tidakmenepati citarasa pembaca, YTT mohon maaf.

Sejujurnya daripada pemerhatian yang YTT buat, rakyat bukannya tak nak ambil tahu tentang politik, tapi mereka muak dengannya! Kawan2 YTT kat rumah asyik membebel, kalau sebelum ni marah pasal Bersih 3.0, sekarang pasal promo2 kat TV yang nampak sangat nak menunjuk2..Tak salah nak memberi, tapi buat apa nak menunjuk2?Yang Ikhlas jadi tak ikhlas, yang nak tengok jadi malas!

YTT juga terima banyak soalan yang sama, kenapa PAS perlu bergabung dengan PKR dan DAP untuk bertanding dalam PRU? Sebab ramai yang tak setuju, dan mereka nampaknya menyokong PAS, tapi teragak-agak nak sokong PAKATAN sebab PKR dan DAP. RAsanya kalau PAS berdiri atas paksi sendiri, berbondong-bondong yang nak masuk kot!

Ada juga yang bagi cadangan supaya PAS gabung dengan BN. Hahaha,,,satu cadangan yang agak melucukan bagi YTT, sebab PAS dan BN seteru sejak dulu lagi, dan kalau nak bergabung, ia diibaratkan seperti MUSTAHIL. Apapun, nothing is impossible, tapi YTT prefer kalau PAS berdiri sendiri. Pendirian YTT tentang politik?No COMMENT!!


Comments