Yang halal dan haram

Beberapa hari lepas, YTT menyertai pelancaran satu produk antarabangsa yang dibuat di salah sebuah pasaraya besar yang terkenal. Kami dijamu dengan beberapa jenis makanan dan air di restoren barat berdekatan.  YTT yakin air itu coke, tapi sebab tak pasti tentang cawannya, YTT ambil keputusan untuk tidak menyentuhnya. Lagipun botol arak bersusun di atas meja menjadikan YTT lagi la was-was.

Disebabkan lapar masa tu, YTT ambik keputusan untuk makan apa yang YTT rasa boleh makan. Menurut kawan YTT, rasanya tukang masak tu mesti jaga sensitiviti orang islam dengan tak sediakan makanan yang ada unsur-unsur haram sebab selain YTT, ada lagi orang islam lain. Dalam banyak-banyak, YTT ambik pizza sebab rasa lebih selamat. Tapi bila lepas makan, YTT rasa menyesal sebab entah kenapa, YTT rasa lain macam je.  Lepas tu YTT melilau cari air untuk hilangkan perasaan pelik tu. Susah nak gambarkan rasa pelik tu, tapi ia benar-benar menjejaskan YTT secara halus.


Ramai yang fikir bahawa di dunia ni benda haram lebih banyak daripada benda halal. Ternyata telahan tu tak betul sama sekali. YTT pernah terbaca, yang halal itu sebenarnya lebih banyak dari yang  haram. Cuma kita sahaja yang tak pernah perasan atau buat-buat perasan.

Bila difikir-fikirkan balik, betul apa yang YTT baca tu. Allah haramkan arak, tapi halalkan lebih banyak lagi minuman lain. Allah haramkan judi, tapi lebih banyak lagi permainan lain yang boleh dipraktiskan. Allah haramkan anjing dan babi, tapi binatang lain banyak lagi yang boleh dimakan. 

Yang membezakan hala dan haram itu adalah kita sebenarnya. Kita sebagai manusia biasa, sepatutnya tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. kenapa harus memilih yang haram sedangkan yang halal lebih banyak lagi?

YTT faham apa yang dibincangkan oleh orang ramai itu sebenarnya. Mereka was-was tentang makanan  kerana ada unsur-unsur sekeliling yang mengelirukan dan menyebabkan mereka was-was. Apabila was-was berlaku, makanan tersebut akan menjadi syubahat. Apa yang syubhat, seeloknya jangan di makan.

Kita asyik mengatakan apa yang haram itu babi atau arak. Tapi kita kadang-kadang lupa unsur-unsur lain yang boleh menjadikan makanan kita haram. Contohnya, meskipun makanan itu halal, ia akan menjadi haram apabila datang dari sumber yang  haram.

Apa yang diambil daripada hak orang lain, atau datang dari sumber yang tidak diberkati, secara automatik akan menjadi haram. Jadi jangan fikir yang haram itu datang dari dua sumber itu sahaja. Ingat, yang menghalalkan sesuatu itu ialah Allah, dan yang mengharamkannya juga ialah Allah. Jadi jagalah sumber tersebut supaya ia tetap halal!

Kata seorang sahabat, ada satu cara untuk mengetahui sama ada makanan yang kita ambil itu halal atau haram. Katanya, kalau kita tiba-tiba jadi liat untuk beribadat kepada Allah, itu ertinya ada sumber yang kurang elok masuk ke dalam badan kita. 

Ia seumpama kita makan seekor semut, dan hati kita akan gelap selama 40 hari. Selama 40 hari itu, ibadat yang dibuat biasanya tidak sempurna dan tidak diterima Allah. Itulah penangan makan sesuatu yang haram, jadi cubalah cari sesuatu dari sumber yang halal, meskipun ia bukan perkara yang diharamkan.


PS: YTT pening setiap hari sebab terpaksa lalui dua kilang arak yang sangat besar kat Selangor ni. YTT cuma terfikir, apalah yang dibuat dengan cukai arak tu, sebab apa yang YTT tahu, cukai arak menjadi antara penyumbang cukai terbesar selain cukai judi dan cukai-cukai lain...

Comments