Warga emas ditemui mati


Wartawan Sinar Harian
BANDAR BENTONG – Seorang warga emas ditemui mati di sebuah apartmen di Genting Highlands, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, mangsa berusia 60 tahun dikatakan tidak keluar dari apartmennya selama beberapa hari menyebabkan orang awam mensyaki sesuatu berlaku.

Menurutnya, laporan polis dibuat kira-kira jam 6 petang dan kemudiannya polis bersama orang awam bertindak memecahkan pintu selepas panggilan mereka tidak disahut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa ditemui dalam keadaan berbaring dengan keadaan menahan kesakitan di atas katil biliknya.

“Mayat dibawa ke Hospital Bentong dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat serangan jantung. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Comments