Tertipu dengan ajakan teman baru
untuk berkenalan dengan sepasang suami isteri dari negara asal, seorang
wanita warga India bukan saja dirogol, malah turut dijual kepada
pasangan berkenaan untuk dijadikan hamba seks.Difahamkan, teman baru
mangsa adalah seorang lelaki rakyat tempatan berusia 30-an yang dikenali
sejak Februari lalu.
Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 24 tahun dan berasal dari
India dibawa lelaki terbabit berjumpa sepasang suami isteri yang berasal
dari negara sama di Puchong pada Februari lalu kerana tidak mengenali
sesiapa di Malaysia sebelum dibawa ke hotel di ibu kota untuk mandi.
Menurutnya, ketika berada di hotel, mangsa dipercayai diberikan sejenis
minuman dipercayai dicampur dengan dadah yang menyebabkannya khayal
sebelum dirogol lelaki itu.
“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut merakam gambar bogel
mangsa ketika dalam keadaan khayal. Mangsa kemudian dijual kepada
pasangan suami isteri berkenaan kononnya untuk bekerja di salun rambut
milik mereka.
“Bagaimanapun, pasangan itu tidak memberikan pekerjaan di salun rambut,
sebaliknya diminta menjadi hamba seks di rumah pasangan itu,” katanya.sumber
Comments
Post a Comment