Kenapa warga asing didahulukan??Warga kita ??

Ish3, ni yang YTT pelik sangat ni.  Kalau macam ni la, memang untung benarla warga asing kat Malaysia ni ye. Sampaikan nak sediakan tempat tinggal. Diorang tu tak sewa rumah ke??Hmm..Agak-agak apelah yang jadi kalau diorang ditempatkan di satu tempat.. 

Mungkin Little Bangla atau Little Indon akan wujud plak..Chinatown pown dah di ambil alih oleh myanmar,bangla,etc agak2 ape jadi pada kawasan tu nanti. Kat Malaysia ni rasanya ramai lagi orang tidur kat tepi jalan sebab takde rumah.

#Bkn nak mengutuk atau mengata, tapi sekadar berbasi basa.


6,000 pekerja asing bakal peroleh kediaman


MELAKA 30 Mei - Seramai 6,000 pekerja asing di negeri ini bakal memperoleh kemudahan kediaman yang disediakan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, selain dapat mengatasi masalah penempatan pekerja asing, ia turut membantu menyelesaikan pelbagai isu dan rungutan masyarakat terhadap pekerja asing.

"Projek kemudahan kediaman ini akan dibina di tiga kawasan iaitu Masjid Tanah, Taman Tasik dan Bukit Rambai.

"Pembinaan kediaman ini akan memudahkan penempatan pekerja-pekerja asing ini di dalam satu kawasan. Ini sekali gus dapat menyelesaikan pelbagai rungutan penduduk di sekitar taman perumahan terutama berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu yang sebelum ini berasa kurang selesa," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Bertemu Komuniti Perindustrian di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Invest Melaka, Ramli Mohd. Ali.

Projek milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Yayasan Melaka itu akan dibiayai sepenuhnya oleh kedua-dua badan kerajaan itu dan bakal disewakan setelah siap kelak.

Menurut Mohd. Ali, projek yang bakal bermula pada pertengahan tahun ini akan dibina secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Dalam pada itu kata Ramli, kemudahan yang dilengkapi dengan perabot itu adalah bagi menampung sebahagian daripada 30,000 pekerja asing dalam bidang perindustrian di negeri itu.

Comments