Tomok bakal jadi ayah.



Jejaka tersebut kini hanya menghitung hari menanti kelahiran insan baru dalam hidupnya. Meskipun riak gembira jelas terpancar, masih ada resah gelisah tatkala meninggalkan isteri kesayangan keseorangan dirumah saat-saat begini.

Beliau menggambarkan perasaan tersebut sebagai teruja dan sedikit cemas, memandangkan frasa hidupnya akan berubah daripada seorang suami, kepada suami dan bapa. 

Memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul makin berat, beliau mengakui sudah beredia namun masih mahu belajar lebih banyak perkara tentang kehidupan berkeluarga dan memiliki cahaya mata.

Bekas juara program reality One in a Million ini juga sudah bersedia mengorak langkah lebih jauh dalam bidang hiburan selepas filem pertamanya bakal ditayangkan dalam bulan mei ini.

Beliau merasakan bahawa bulan mei ini adalah bulan bertuah memandangkan beliau bakal menyambut kelahiran warga baru dalam hidupnya dan dalam masa yang sama, filem yang dilakonnya bakal ditayangkan.

Comments