TERKINI Piala Thomas

Denmark dahului Malaysia 2-1

Pemain perseorangan kedua negara, Daren Liew menjadi wira Malaysia apabila membuka peluang pasukan itu untuk terus bersaing dalam memburu juara kumpulan C setelah mencatat kemenangan ke atas pemain Denmark, Jan O JORGENSEN, di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, hari ini.

Daren Liew berjaya menundukkan Jan O JORGENSEN dengan catatan 21-15,21-13 untuk mengutip mata pertama buat Malaysia setelah ketinggalan 2-0 dibelakang Denmark.

Sebelum ini, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong wei mengejutkan banyak pihak apabila memutuskan untuk menarik diri dari meneruskan persaingan sekali gus memberi kemenangan mudah kepada perseorangan Denmark,
Peter Hoeg Gade untuk mengutip mata pertama.

Pada minit ke-4, Chong Wei yang mendahului 2-1 bagaimanapun mengambil keputusan untuk menarik diri dari meneruskan persaingan.

Sementara itu, beregu pertama negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How turut mengecewakan apabila gagal untuk mengutip mata pertama untuk Malaysia setelah tewas ditangan pasangan Carsten Morgensen/Mathias Boe dengan catatan 21-17,21-23,21-11.

Selepas ini, beregu kedua negara, Koo Kien Keat/Goh V Shem akan menentang Jonas Rasmussen/Joachim FISCHER NIELSEN

Comments