Teringin duduk sebelah TAn Sri ANnuar Musa 20 Mei ini

Tarikh 20 Mei ini memang tarikh yang ditunggu-tunggu oleh saya sebagai penyokong kuat pasukan PerWIra MeraH. Kalau ikutkan hati, nak saja saya duduk di sebelah TAn Sri Annuar Musa dan sama-sama bersorak demi pasukan kesayangan kami.

Bunyinya macam kami ni rapat je  kan??Jangan salah sangka, sebab itu cuma angan-angan saya semata-mata. Sebagai penyokong kuat PerWira Merah, saya tahu Tan Sri pun sependapat dengan saya untuk terus menyokong tak kira apa keputusannya. Harapan kami  juga sama tinggi memandangkan Kelantan dah lama tak menang piala FA. Pernah ke??Hmm, saya pun tak pasti..

Dalam banyak-banyak piala, piala FA yang paling PerWira MeraH nak sekarang. Dan itu juga  yang saya dan Tan Sri harapkan. Tak percaya??Tanyalah beliau sendiri. Sebab tu beliau sanggup bersusah payah beli tiket sendiri..

Sayangnya, angan-angan tu tak akan jadi kenyataan. Yelah, duduk kenalah sama rendah, berdiri kenalah sama tinggi, dan saya akui saya memang rendah, so, tak payahlah nak berangan. LAgipun harga tiket mahal sangat bagi orang cikai macam saya, dan tiket tu pun belum tentu available lagi. Nak tak nak, saya akan bagi sokongan melalui TV sahaja.

Apapun, saya akan tetap keluar rumah malam tu, join mana-mana group kat mana-mana kedai makan demi sokongan kuat untuk PerWira Merah. Bukan tak nak tengok kat rumah, tapi sememangnya rumah takde TV..huhuhu..

PS: Tak sabarnya tunggu tarikh 20 Mei ni.....

Comments