Tarian punggung trend sekarang?


Bak kata orang dulu-dulu, orang lama ibarat kelapa, makin tua makin banyak santannya. Ertinya, makin lama seseorang itu hidup, pengalaman dan ilmunya tentu sahaja banyak. Orang lama juga biasanya lebih matang dan lebih rasional fikirannya.

Itu fakta yang ramai orang setuju. Bagaimanapun pada tahap tertentu fikiran mereka akan makin lupa, dan kebanyakan orang tua ni akan mendapat satu penyakit yang dipanggil “nyanyuk”. Itu fakta yang ramai orang setuju juga, walaupun ada juga orang muda yang terkena penyakit itu.

Apapun, kita tinggalkan isu “nyanyuk” tu. Yang patut difokuskan sekarang ialah sikap segelintir “orang lama” yang  bersikap kebudak-budakan lebih daripada budak-budak. Yang lucunya, mereka-mereka ini bukanlah orang kampung biasa yang tiada ilmu yang tinggi. Mereka orang berpengalaman, banyak ilmu di dada, dan tahu selok-belok dunia politik. Ha, ini point penting: Politik!

Dulu tarian yang terkenal kat Malaysia ialah tarian poco-poco. Fenomena poco-poco ni merebak sampai boleh kata dari yang kecik sampai yang tua tahu tarian ni. Siap dijadikan senaman dan senamrobik pula. Kemudian jadi isu sebab kononnya curi tarian dari indonesia dan isu bentuk salib, sampai-sampai nak diharamkan. Tapi sekarang, timbul satu lagi tarian baru, versi orang lama.

Nama tarian baru tu ialah tarian punggung. Tarian punggung??Dengar pun dah kurang sopan. Apatah lagi bila melihat si pelakunya pakcik2 yang sepatutnya duduk di rumah, beribadah banyak-banyak untuk harta akhirat. Inilah penangan politik. Macam-macam propaganda baru timbul bila pilihanraya makin hampir ni. Bagaimana agaknya kalau perkara begini dilihat oleh anak-anak muda? Ini ke pelajaran penting yang mahu kita sebarkan?

Satu perkara yang mereka terlepas, dalam politik ni, benda boleh jadi tunggang terbalik, bukan tungging terbalik! Dalam bahasa orang puteh, “what goes around comes around”. Maksudnya, bila diorang besar-besarkan isu macam ni, yang malunya dia orang jugak. Yelah, publisiti murahan ini hanya akan cemarkan nama parti dan diri sendiri. Orang lain bersusah payah berbakti pada rakyat, tapi cuma dapat nama buruk kerana segelintir “mereka” ini.

Pada semua yang berkenaan tu, maaf banyak-banyak kalau terasa hati. Bukan nak marah, cuma mahu menegur. YTT hanya tak mahu gosip-gosip murahan ni memburukkan nama mereka, keluarga mereka, dan parti mereka.

P.S: Langsung tidak ada kaitan dengan parti-parti lain, sebab YTT ni memang suka jadi pemerhati.
  

Comments