Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri
Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah
seorang perempuan.
Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian
oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat
swasta, di sini, semalam.
Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya
(Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang
perempuan.
“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah
dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya,
malah saya yang mandikan dia.
“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan
apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya
dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani. – Sinar Harian
View :1714
Comments
Post a Comment