Rita bawa diri Mekah


Tarikh: 18 Mei 2012

Setelah dihujani dengan masalah rumah tangga dan isu penceraian dengan suami tersayang, Rita Rudaini dikhabarkan akan menunaikan umrah bersama keluarganya.

Pemergian Rita selama dua minggu ke tanah suci turut diiringi oleh keluarga dan dua orang anaknya, Rayyan dan Arjuna.

Isu penceraiannya masih belum selesai apabila Rita bertegas untuk tidak kembali kepada Aidil Zafuan, walaupun Aidil telah membatalkan permohonan perceraian mereka. Beliau khuatir perkara yang sama akan berulang jika perkahwinan mereka diteruskan.

Setakat ini, masih tiada kata putus berhubung keadaan mereka. Apapun, YTT berharap rita dapat mengemaskan mindanya, mencari kata putus yang sesuai agar segala kekusutan terungkai.

Ketika ke mahkamah, Rita nampak cantik bertudung. Mana tau selepas pulang nanti dia akan kekal bertudung, tentu manis. YTT hanya mendoakan yang terbaik untuk Rita. Amin.

Comments