Pertikaikan Raja boleh kena dakwa?


JIKA golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri.

Itu ulasan Dr. Mohd Asri yang YTT pasti, berkaitan dengan isu no plet WWW1 yang harganya mencecah RM500,000 oleh Sultan Johor baru-baru ini.YTT yakin beliau hanya berniat untuk menegur sebab semalam ada petikan yang menyatakan, orang yang mempertikaikan isu ini boleh didakwa.

Memanglah kalau diikutkan, terpulang kepada seseorang itu untuk buat apa yang dia mahu dan beli apa yang dia nak beli sebab itu duit dia. Apa yang dipertikaikan sekarang ialah, sebab ia melibatkan jumlah wang yang besar.

Tambah menarik, orang yang dipertikaikan itu bukan sebarangan orang, tapi golongan raja! Orang yang mempertikaikan isu ini mungkin saja-saja je nak bukak cerita, dan tidak bermaksud buruk. Tapi sebab ia melibatkan golongan raja,ang p dia mungkin bakal didakwa.

YTT faham maksud Dr. Asri. Dia hanya menyatakan bahawa setinggi manapun kedudukan seorang pemimpin itu, sikap dan perbuatannya masih boleh ditegur jika untuk kebaikan. TAkkanlah seorang raja tidak boleh disentuh?

Zaman sahabat nabi menjadi Khalifah, ,mereka tidak kisah ditegur atau dikritik kerana mereka tahu, itu untuk kebaikan, bukannya untuk mengata. Sahabat nabi, kalau diikutkan kedudukan, adalah manusia-manusia yang terpuji selepas Rasulullah.

YTT harap semua pihak jangan cepat melatah.  Kalau yang ditegur itu untuk kebaikan, apa salahnya jika golongan raja sekalipun mendengarnya. Namun jika ia sekadar kritikan yang tidak berfaedah, abaikan sahaja kerana ia tiada gunanya. 

Apa yang perlu kita ingat, ialah raja bukan TUHAN. Mereka pemimpin yang dilantik untuk memimpin manusia ke arah yang lebih baik. Sebagai rakyat, kita wajar menghormati mereka, namun tidaklah sampai mendewa-dewakan mereka. JIka mereka ada berbuat salah, apa salahnya jika ditegur?

ps: YTT sanjung Sultan Kelantan yang selalu turun padang merendahkan diri bersama-sama rakyat walaupun Baginda pemerintah. YTT salute baginda kerana selalu ingat, bahawa masih ada yang lebih berkuasa di ATAS.

Comments