Perasmian pertandingan Futsal EXTREME POWER 5’s dan pelancaran haruman Adidas Extreme Power Special Edition


Bukan nak promosi apa, tapi perfume ni memang best!!!For the first time, YTT jumpa perfume untuk lelaki yang YTT suka. Biasanya YTT hanya kategorikan lelaki sebagai xde bau, atau berbau busuk sahaja. Tapi kalau sesiapa pakai perfume ni, YTT pasti akan toleh banyak kali! Tapi sebab YTT ni perempuan, YTT akan beli buat sembur kat bilik.Bestnye...

Adidas Body Care dengan bangganya merasmikan pertandingan Futsal EXTREME POWER 5’s bersempena pelancaran haruman lelaki terbaru Adidas, Extreme Power Special Edition. Dua pasukan dari Malaysia yang memenangi pertandingan ini akan bertanding menentang empat lagi pasukan pada peringkat akhir di Singapura untuk berpeluang memenangi pengalaman hebat ke Real Madrid dan wang tunai bernilai RM 120,000.

Pertandingan ini akan menyaksikan lapan pasukan futsal amatur bertarung untuk memenangi hadiah utama dan gelaran juara bagi mewakili Malaysia pada peringkat akhir di Singapura. Pasukan yang pulang dengan hadiah saguhati turut menerima hadiah menarik dari Adidas termasuk voucher pembelian dari butik pakaian Adidas dan produk penjagaan Adidas. Antara artis jemputan yang hadir pada majlis tersebut ialah Zahid, Ben Ibrahim, Steve Yap dan Alan Yun. Mereka berentap menentang kumpulan bloggers sebagai pemula 
pertandingan tersebut.

Pertandingan ini akan menyaksikan pasukan-pasukan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura bertarung pada peringkat akhir perlawanan pada 23 Jun 2012. Pemenang akan diterbangkan secara percuma dan ditanggung sepenuhnya ke Spain, merasai sendiri sesi latihan bersama salah seorang jurulatih bertaraf dunia dari kelab Real Madrid, tiket VIP bagi menonton perlawanan Real Madrid secara “live”, serta wang tunai Singapura berjumlah SGD7,000.

Wangian Lelaki Adidas Extreme Power Special Edition dicipta khas buat jejaka –jejaka di luar sana yang sentiasa aktif dan bergaya bagi memberikan mereka haruman yang menimbulkan perasaan yakin dan maskulin.

Ia mengandungi tiga lapisan bahan semulajadi, yang membuatkan wangian bertahan lebih lama. Gabungan lemon, bergamot, garbanum, dan citrus memberikan rasa segar bertenaga. Campuran kopi, geranium dan granny smith apple pula membuakkan lagi rasa aktif dan bertenaga. Lapisan terakhir iaitu patchouli dan warm tonka bean yang disaluti woody blend of sandalwood dan white cedar, menimbulkan perasaan maskulin si pemakai.

Haruman ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana tiga lapisan bahannya menjadikan ia satu haruman dengan tiga bau berbeza. Setiap lapisan yang terserap ke udara, akan menaikkan haruman bagi lapisan seterusnya, dan menjadikan bau harumannya berbeza dalam jangka masa berbeza. Wanita-wanita yang berada di sekeliling anda pastinya tertarik dan terpegun dengan  haruman yang sungguh unik dan harum ini.

Buat jejaka di luar sana, inilah masanya untuk anda membuang semua rasa takut, dan menjadi seorang yang lebih berani dan berkeyakinan. Wangian ini akan membuatkan anda kekal wangi dan segar sepanjang hari, tanpa perlu risau akan bau peluh. Ia akan memberikan keyakinan yang diperlukan oleh si jejaka untuk membuakkan perasaan juara yang terpendam di dalam diri anda.


Haruman lelaki Adidas Extreme Power Special Edition ini didatangkan dengan empat bentuk iaitu Eau de Toilette 100ml, Eau de Toilette 50ml, Deo Body 150ml, dan Roll-On  50ml. Anda juga boleh mendapatkan pek promosi dengan harga yang lebih rendah di pasaraya dan gedung farmasi berhampiran anda hari ini!


Comments