23 Mei 2012
Pengunduran
tentera di Afghanistan pada 2014 dibuat secara berperingkat.
CHICAGO -
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) semalam, menegaskan untuk
menamatkan perang di Afghanistan sekali gus memanggil balik pasukan tentera
antarabangsa menjelang akhir tahun 2014.
Setiausaha
Agong Nato, Anders Fogh Rasmussen berkata, rancangan itu memerlukan penyerahan
tanggungjawab keselamatan kepada pasukan Afghanistan pada tahun 2013, kemudian
menarik balik kuasa-kuasa asing pada tahun berikutnya.
Menurutnya,
misi Nato yang baru dan berbeza akan memberi nasihat, melatih selain membantu
kira-kira 350,000 tentera Afghanistan secara berperingkat.
“Rancangan
itu turut disokong oleh Presiden Afghanistan Hamid Karzai,” katanya pada akhir
sidang kemuncak dua hari melibatkan para pemimpin perikatan.
Rasmussen
berkata, rancangan itu telah dimuktamadkan dan tahun 2014 akan menjadi tahun di
mana Amerika Syarikat (AS) tidak akan membelanjakan wang yang banyak di negara
bergolak, Afghanistan seperti sekarang.
“Peralihan
dan pengunduran tentera AS dan kuasa-kuasa Nato yang lain di Afghanistan pada
akhir tahun 2014 bakal memberi impak kepada Afghanistan dan negara-negara
bersekutu kami,” katanya.
-sinar harian-
-sinar harian-
Comments
Post a Comment