SEBUAH penjara yang terkenal dengan jolokan "lubang neraka" mungkin menjadi 'kediaman' warga Britain yang melakukan rusuhan dan bertindak ganas selepas perlawanan antara kelab bola sepak Manchester United (MU) dengan Chelsea di Moscow esok. | |||
Selasa, 20 Mei 2008 | |||
SEBUAH penjara
yang terkenal dengan jolokan "lubang neraka" mungkin menjadi 'kediaman'
warga Britain yang melakukan rusuhan dan bertindak ganas selepas
perlawanan antara kelab bola sepak Manchester United (MU) dengan
Chelsea di Moscow esok. Penjara yang dikenali dengan nama Butyrka di Moscow itu pernah menempatkan beberapa tahanan politik dan reputasinya yang buruk menjadikan ia digeruni oleh rakyat Rusia.
Seorang diplomat asing berkata, keadaan di penjara itu terlalu teruk berbanding dengan penjara di negara-negara Barat.
"Ia penuh dengan bahaya dan saya sangat berharap anda tidak berada di sana," katanya. Penyakit berjangkit juga mudah merebak di penjara itu yang pernah dihuni beberapa penjenayah berbahaya dan ia juga dianggap seperti sarang tikus. |
Comments
Post a Comment