Nazmi ikat kontrak kelab Portugal hingga 2015

PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015.

Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:

“Insya-Allah saya akan melalukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah... saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong saya."

Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara  lain menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu itu.

Comments