Gambar Najib sembah salib ketika jumpa Pope gambar palsu

KUALA LUMPUR – Ketika ini hangat berlegar di ruang siber terutama di blog-blog dan portal pembangkang gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyembah salib yang dipegang oleh Pope Benedict XVI di Apostolic Palace ketika kunjungan beliau ke kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rome pada 19 Julai tahun lalu.

Banyak komen negatif dilemparkan pelbagai pihak ke atas Najib di atas tindakan beliau itu.

Namun, sumber kerajaan memberitahu Mynewshub.my, gambar itu adalah palsu dan nyata dihasilkan menggunakan teknik pertindihan atau superimpose.

“Hendak tahu kenapa kami kata ia palsu, ada dua sebab, pertamanya kalau anda cari di Google Image anda akan jumpa Najib memakai tali leher berwarna ungu ketika bertemu Pope (dalam gambar warna jinga) .

Kedua , dalam gambar yang berlegar itu Najib siap pakai tanda nama ketika bertemu Ketua Agama Roman Katolik itu.

“Anda (wartawan) cakap dengan saya, tidakkah ini satu perbuatan kumpulan orang yang terdesak, ketua mereka dapat dilihat jelas dengan pelacur dalam video klip dinafikan sebaliknya video klip berpuluh minit itu pula dikatakan superimpose,” katanya di sini hari ini.

Sumber itu menambah, Perdana Menteri tidak pernah memakai tanda nama ketika berada di luar negara kerana itu bukan amalan mana-mana pemimpin dunia.

YTT: Bukan nak menyebelahi mana-mana pihak ke apa, tapi jelas-jelas gambar ni di edit..Kalau tengok betul-betul, boleh nampak gambar NAjib di potong pastu dimasukkan bersama Pope tu. YTT cuma nak tegur, isu akidah macam ni tak boleh buat main, nanti tak pasal-pasal dapat dosa besar sahaja.

Comments

  1. sedih sangat bila rakyat negara sendiri tak sayangkan pemimpin....
    mereka burukkan pemimpin..mcm laa mereka kenal sgt pemimpin tuu mcm ner...
    sebagai rakyat..sepatutnya kita doakan kebaikan untuk semua pemimpin kita...
    bukannya memburukkan dan menindas pemimpin...
    kalau aku jadi pemimpin...aku buang negeri jer semua manusia yang tak tahu nak hormat pemimpin...
    lagi aku sedih bila rakyat negara lain boleh hormat pemimpin kita..tapi rakyat kita kutuk pemimpin...
    buat fitnah melampau...."YA ALLAH...berilah pertunjuk kepada semua rakyat yang membuat fitnah kepada pemimpin mereka ini yang tidak pernah berbuat salah dengan mereka...."

    ReplyDelete

Post a Comment