MV Blue Big Bang cecah 21 juta penonton

Ternyata populariti mengatasi semua yang ada dalam dunia hiburan. Terkenal serata dunia sebagai kumpulan pop Korea yang memiliki lagu-lagu yang sangat best, Big Bang menjadikan youtube sebagai link untuk menyebarkan lagu mereka..

Hingga sekarang,(jam 10.15mlm 17 April 2012) MV lagu tersebut telah dilayari sebanyak 21,193,399 penonton, satu pencapaian yang sangat memberangsangkan.

Tahniah diucapkan kepada Big Bang diatas kejayaan tersebut. Big Bang kini dalam tour ke Seluruh Asian dan sekarang berada kat Jepun. Mereka juga telah memasukkan nama Malaysia sebagai salah satu negara yang akan dilawati untuk tour mereka. Cuma bila dan dimana, itu belum lagi dapat dipastikan.

Akak akan sentiasa cuba check fb diorang untuk perkembangan semasa, dan harap Big Bang dapat datang Malaysia secepat mungkin..

Korea memang terkenal dengan industri hiburan mereka yang mengaut keuntungan yang sangat besar saban tahun. Teknologi mereka juga jauh lebih moden kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Malah populariti artis mereka menyamai  artis-artis hollywood yang kita tahu memang dah lama berkembang pesat dalam industri ini.

Apapun, artis-artis kita pun tak kurang hebatnya..Cuma mungkin kita masih jauh kebelakangan dalam industri ni. Apapun, good luck to all..

Comments