CARDIFF, 22 dis 2011: Seorang
pelajar merebahkan dirinya ke bawah kereta api yang bergerak selepas menerima
mesej pesanan ringkas daripada teman lelakinya yang membatalkan temu janji
mereka untuk menonton wayang.
Satu inkues diberitahu,
Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan di Facebooknya: “Saya akan membunuh
diri malam ini’ kerana terlalu kecewa selepas temu janjinya pada keesokan malam
dibatalkan.
Pelajar yang juga model
remaja itu mati beberapa jam kemudian.
Gabrielle disifatkan
sebagai remaja yang periang dan peramah dengan kehidupan yang sibuk, belajar di
sebuah kolej dan menjalankan dua kerja sampingan, termasuk satu di kedai fesyen
Hollister yang popular.
Dia bercita-cita
menjadi model terkenal dan dalam laman webnya, dia menulis: “Untuk menjadi
orang yang tidak boleh diganti, kita perlu sentiasa berbeza.” Inkues
diberitahu, dia begitu terganggu selepas menerima mesej berkenaan pada hari
Easter April lalu dan 75 minit kemudian, dia mati akibat kecederaan teruk
selepas dilanggar kereta api yang bergerak selaju 125 kilometer sejam
berhampiran kediamannya. – Agensi
sumber: hmetro.com.my
Comments
Post a Comment