Mati dalam sampan

Mati tak mengenal masa dan tempat. Bila masanya dah tiba, kita dah tak sempat nak buat apa-apa. Jadi, beringatlah sentiasa..

Kaki pancing mati dalam sampan
Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN

TELOK KEMANG 30 Mei - Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) tetap meneruskan hobi memancing di sekitar Sungai Linggi dekat sini walaupun menyedari dia menghidap sakit jantung yang memerlukan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila pesara berkenaan, S. Soosai, 69, ditemui mati di dalam sampannya di Jeti Pengkalan Kempas di sini kelmarin.

Mangsa ditemui dalam keadaan terduduk di dalam sampan oleh seorang nelayan kira-kira pukul 6.50 petang. Ketika ditemui pesara itu turut membawa bersama hasil tangkapan udang.

Anaknya, S. Geoffrey, 45, berkata, bapanya dipercayai telah mematikan enjin sampan yang sudah memasuki kawasan jeti tetapi tidak sempat untuk mengikatnya.

Menurut beliau, bapanya keluar dari rumah mereka di Pasir Panjang kira-kira pukul 3 petang untuk pergi memancing.

"Ayah suka memancing dan aktiviti itu kerap dilakukannya sejak beliau bersara. Dia menghidap sakit jantung dan kali terakhir menjalani rawatan pada bulan lalu dan temu janji yang berikutnya pada Ogos depan," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Port Dickson hari ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abd. Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
-sumber:Utusan

Comments