MAti akibat baling telur

SAN ANTONIO-Kisah pergaduhan dua jiran yang saling membaling telur ke kediaman masing-masing berakhir dengan kematian apabila berakhir dengan kematian salah seorang daripada mereka.

Akbar The San Antonio Express melaporkan bahawa Juan Antonio Rivera, 32 telah mengaku bersalah setelah didakwa menikam balakang Michael Washinton, 31 dengan pisau dapur.

Lebih malang lagi, Washington sebenarnya langsung tidak terlibat dalam kes membaling telur tersebut. Beliau hanya rakan kepada salah seorang pembaling telur tersebut dan hari itu, beliau mengikut rakannya pulang ke rumah.

Setelah mengaku bersalah, Rivera dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 33 tahun. Akhbar turut melaporkan peguambela Wayne Hampton berkata, Rivera khuatir nyawanya terancam setelah diugut oleh  jiran-jirannya kerana insiden telur tersebut.

Di kebanyakan tempat, membaling telur dianggap satu jenayah berat. PI seattle melaporkan bahawa sesiapa yang membaling telur secara terus kepada orang lain boleh didakwa atas tuduhan menganggu dan menyerang. Walaupun kebanyakan kes biasanya berkait dengan  vandalisma.

Bagaimanapun, beberapa kes kebelakangan ini melibatkan kecederaan daripada serangan membaling telur secara terus. Sumber tempatan melaporkan kes seorang budak lelaki buta sebelah mata gara-gara dibaling telur ketika sambutan holloween. Seorang jururawat di dublin turut buta sebelah mata selepas dilempar telur dimuka oleh seorang remaja berusia 18 tahun pada 2009.

Comments