Madagascar 3 "Europe’s Most Wanted" dapat highlights di Cannes twitter



CANNES, 18 Mei 2012 — “Tidak sabar menunggu Madagascar 3,” itu luahan pengguna Twitter selepas filem animasi itu membuat debut di Cannes. after the animated film made its Cannes debut. 

Siri ketiga Madagascar daripada Dreamworks telah membuat debut diFestivel Filem Cannes, dalam kategori ‘Out of Competition’ sebelum ia ditayangkan di panggung 6 Jun nanti. 

Pencalonan filem ini dalam Festivel Filem Cannes, mendapat reaksi positif peminat dalam twitter, yang menjadikan Madagascar 3 topik paling hangat di Perancis sekarang.

Pencalonan ini turut mendapat liputan meluas daripada peminat setia Justin Beiber, berikutan penglibatannya dalam filem ini. Pelbagai reaksi dilaporkan daripada peminat yang menghantar mesej mereka melalui twitter.

Jika melihatkan reaksi peminat dalam twitter yang begitu hangat, ia dilihat menjadi peluang besar buat Madagascar 3: Europe’s most wanted mencapai “big hit” musim panas ini.

Trailer yang dikeluarkan juga nampak menarik, dan peminat juga sudah tidak sabar menunggunya.
AFP-Relaxnews

Comments