Lee Min Ho jejaka idaman



AKTOR Lee Min Ho dipilih pelayar laman sesawang sebagai selebriti pilihan ‘blind date’.

Sebuah perkhidmatan pertemuan sosial bertanya ahli wanita, siapakah selebriti pilihan mereka jika diberi peluang untuk bulan ini. 

Keputusan kaji selidik mendapati, aktor kacak itu mendapat undian tertinggi.

Lee mula dikenali selepas muncul dalam drama Secret Correction dan watak paling meninggalkan kesan ialah sebagai Goo Jun Pyo dalam drama Boys Over Flowers. 

Selepas itu, namanya semakin dikenali melalui drama Personal Preference dan City Hunter.

Projek terbaru aktor itu ialah drama Loyalti yang akan ditayangkan di saluran SBS pada Ogos depan. Dia akan bergandingan bersama aktres jelita, Kim Hee Sun.

Comments