konvokesyen UiTM siri 2

Siapa yang tak tahu lagi official site untuk UiTM memang dahsyat. TApi mostly tau kan? Apapun YTT tetap nak bagi juga linknya:www.uitm.edu.my

Biasanya lepas masuk website ni ramai yang akan pergi ke student portal, sebab kat situ boleh cari macam-macam infor pasal student. Contohnya nak check result, nak mintak bantuan kewangan atau zakat, dsb.

Kalau nak check bil pulak, pergi kat billing and payment kat current student. Atau layari je link ni: http://bursary.uitm.edu.my/bilpelajar/

Bukan apa, takut-takut ada lagi hutang yang sangkut, boleh la check kat sini. Kalau nak bayar, pergi je kat pejabat Bendahari dekat tangga yang tinggi tu...

Jubah akademik graduan, mortar board dan hood MESTILAH dipulangkan di Bilik Jubah (tempat graduan mengambil jubah )sebaik sahaja sidang/ istiadat penganugerahan Ijazah graduan selesai.

Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar & Konvokesyen, Aras 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah,UiTM Shah Alam, 40450 Selangor Darul Ehsan.

Tau tempat ni? ala, atas pejabat pos UiTM je..

Skrol dan transkrip akan diserahkan setelah jubah dipulangkan. Jadi jangan terkejut bila bukak file yang korang dapat, tapi dalam tu kosong.

KAlau lambat hantar, ada denda menanti:

a)sewa tambahan RM2 kalau hantar sehari selepas konvo.

b)denda RM30 kalau dua hari atau lebih. Tambah RM0.20 setiap hari yang lambat.

So kalau rasa nak ambik gambar banyak2 dan bergaya sakan dengan jubah tu, lakukan sebelum korang konvo. Sehari sebelum tu pun boleh. Asal puas hati. KAlau tidak tergesa-gesa nak ambik gambar lagi, nak hantar balik lagi.

Kegagalan memulangkan jubah akademik graduan boleh menyebabkan Ijazah atau Diploma TIDAK AKAN diserahkan kepada graduan.Graduan juga akan dikenakan SEWA TAMBAHAN & DENDA.






Comments