Monday, 7 May 2012

Konvokesyen UiTM ke 76

Disediakan oleh: Yang tertanya-tanya

Tahniah pada yang bakal menerima skrol pada konvo UiTM minggu ni. Untuk pengetahuan semua, YTT pun salah seorang alumni UiTM. Jadi bila tengok adik2 excited nak konvo ni, YTT tumpangla sekaki.

Apapun, adik-adik kenalah prepare awal-awal apa yang perlu dibawa, apa yang perlu disetelkan. Ingat tatatertib pemakaian. Yang siswi better pakai baju kurung, heels jangan lupa. JAngan pakai selipar, tak pasal-pasal kena halau.

Siswa pula lebih baiklah kalau pakai kemeja, tuck-in dalam seluar. PAstikah kemas. Tie tak pasti perlu atau tak, tapi better pakaila, baru nampak smart. KAsut kena sesuai, selipar jepun atau sandal?Nooo...jangan sekali.

Ini etika pemakaian kalau ikut yang sebenar-benarnya:

Pakaian Graduan Lelaki:-

1)    Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).

2) Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau

3)    Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau

4)  Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .

5)    Kasut kulit hitam dan stokin hitam.

#Songkok tidak diperlukan

Pakaian Graduan Perempuan:-

1)   Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).

2)  Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

3) Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.

4)    Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.

5)    Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.

6)    Warna pakaian adalah pilihan sendiri.

7)    Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi.

8)   Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit.

#Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.

  #Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN

   Pakaian Tetamu Lelaki

1)      Kebangsaan, Batik, atau

2)       Lounge Suit, atauPakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).

Pakaian Tetamu Wanita:-

1)      Kebangsaan  atau

2)      Pakaian Rasmi  atau pakaian sopan ( pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN)

Pastikan semua hutang langsai(PTPTN takpe). Check hutang library, hutang pengajian, dan hutang konvo. TAk setel tak boleh konvo dik oii..

Jubah dah ambik?Rasanya sabtu lepas dah boleh start ambik. Alert dengan SMS dari pihak konvo. MAna tau ada info penting nak diberitahu.

Pesan pada parents, better sampai awal. Mungkin penat beratur, tapi berbaloi kalau dapat masuk dewan. Tapi rasanya dewan baru lebih best kot! Dewan lama dulu(DSB) tak boleh muatkan semua ibubapa, tapi dewan ni dengarnya boleh muat kot. Apapun, preparation kena lebih awal.

Pada yang datang dari jauh, cari kawasan penginapan berhampiran dengan UiTM. Area tu selalu jugak jem, especially time konvo. Bunga?haDIAH?kalau kalian jenis yang tak kisah dengan harga, biasanya hari konvo tu kalian akan nampak orang jual bunga+hadiah dekat dengan UiTM atau dalam kawasan uitm.

Kalau nak jimat sikit, better beli dekat kedai cenderahati betul atau buat sendiri. Terpulang pada citarasa masing-masing. Oklah, nak buat sequal dua pasal konvo...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment