Kisah Polis Trafik, Saman, dan Pilihanraya

Aku menunggang motosikal sejak sekolah rendah lagi. Itu perkara biasa bagi kami anak-anak kampung. Ada lesen atau tidak bukan soal penting. Malah ayahku sendiri tidak pernah memiliki lesen motor sepanjang hidupnya. Kisah ini terjadi ketika aku berumur 21 tahun, tidak lama sebelum pilihanraya. Ketika itu aku belum memperolehi lesen lagi. 

Hari itu, aku menunggang motosikal balik dari mengambil adik sekolah. Aku telah berpesan berkali-kali padanya supaya memakai topi keledar kerana kakakku baru sahaja disaman sehari sebelum itu. Tanpa aku tahu, si sengal itu masih juga degil.

Hari itu memang hari malang buatku. Mungkin kerana keceluparanku mengejek kakak yang disaman, aku termasuk satu roadblock . Pada mulanya, aku berasa pelik melihat perangai pakcik2 teksi yang melambai kearahku. Fikirku, pakcik-pakcik itu sengaja mahu menggatal. Tak kusedari, musibah besar ada didepan.

Aku sedar ketika polis dah ada depan mata. Nak tak nak, terpaksalah aku menyerah. Kata polis, aku disaman kerana adikku tidak memakai topi keledai. Bila aku pandang belakang, kulihat adikku lengkap berhelmet. Apa yang aku tidak tahu, ialah adikku sebenarnya baru saja memakainya betul2 depan polis.

Apabila diminta lesen, entah kenapa darahku naik mendadak. Kerana waktu itu pilihanraya makin hampir, banyak rumor yang kudengar-dengar. Salah satunya ialah saman yang dikutip akan digunakan sebagai dana pilihanraya, justeru kerana itu pihak polis giat menyaman orang bila pilihanraya makin hampir.

 Mulut yang celupar ini dengan terus sahaja menyindir polis trafik terbabit mengatakan dia sebagai kuli kerajaan yang sengaja memeras rakyat untuk dana pilihanraya apabila dia mahu menyamanku. Hampir-hampir rasanya polis itu hilang kesabaran kerana keceluparanku, tapi dia tetap sahaja bersabar. Berulang-ulang kali aku mengulangi tuduhan yang aku sendiri tak pasti benar atau tidak

Mahu atau tidak, aku akhirnya disaman sebab adikku yang sengal itu tidak memakai topi keledar. BAlik je rumah, terus aku disindir kakak kerana disaman. Tapi sampai sekarang, aku asyik tertanya-tanya, betul ke saman yang dikutip dekat-dekat pilihanraya ni akan disalurkan untuk dana kempen pilihanraya??hanya mereka dan konco2 mereka yang tahu.





Comments