Kes Pembunuhan Kejam!


Kes pembunuhan kejam seorang pekerja separuh masa stesyen minyak 

Kes bunuh seorang pekerja separuh masa stesyen minyak di Petronas Gunung Lang, Jalan Kuala Kangsar, Perak pada 11 November 2008 ini telah menggegarkan masyarakat sekeliling. 

Mangsa Ustaz Mohamed Khairuddin Mohamed Isa, 42 tahun telah ditemui mati akibat ditetak dengan parang  di kepala setelah  dibelasah dan dipukul dengan kejam oleh penjenayah yang tidak mengenal erti belas kasihan dan tiada hati perut. 

Difahamkan, mangsa telah diugut untuk menyerahkan wang tunai dari stesyen tersebut tetapi enggan berbuat demikian. Akhirnya, mangsa telah dibunuh dengan kejam dengan pendarahan yang teruk dikepala.

Hanya kerana wang sebanyak RM1000, seorang lelaki dibunuh dengan kejam. Mungkinkah nilai satu nyawa hanyalah sebanyak itu? Itulah realiti dunia yang kejam. Arwah telah melakukan yang terbaik untuk menjaga amanahnya. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat. Amin..

Dua lelaki bunuh 'ustaz' diarah bela diri


IPOH - Dua daripada empat tertuduh kes bunuh seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini pada 11 November 2008 diarah membela diri pada akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

K. Nanda Kumar, 26, dan N.  Yugaraja , 34, dari Kampung Baru, Jelapang di sini dituduh membunuh Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, dalam kejadian samun di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pukul 6.58 pagi.

Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim memerintahkan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh berkenaan.

Begitupun, dua lagi tertuduh iaitu N. Ganeson, 26, dari Rumah Murah, Jelapang dan M. Tayalan, 36, dari Kampung Razak, Jalan Kuala Kangsar dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.

Siew Khim dalam penghakiman bertulisnya berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keterangan saksi pendakwaan termasuk rakan sekerja, Mohd. Khairuddin yang turut menyaksikan pembunuhan terhadap mangsa.

Beliau menetapkan tempoh enam hari bermula 1 Mac hingga 26 Mac depan untuk Nanda Kumar dan  Yugaraja  yang diwakili peguam Rajit Gill mengemukakan saksi pembelaan.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, dalam kejadian tersebut, Mohd. Khairuddin atau lebih dikenali sebagai 'ustaz' oleh rakan-rakan setugasnya sedang bersiap meninggalkan stesen minyak berkenaan selepas hampir tamat waktu bekerja pada pukul 7 pagi.

Bagaimanapun, kumpulan perompak tiba-tiba masuk ke stesen minyak itu dan cuba mengambil wang di kaunter menyebabkan mangsa cuba menghalang perbuatan perompak itu.

Tindakan mangsa mengundang padah selepas salah seorang daripada mereka menetak tengkuk dan tangan kanan mangsa.

Keempat-empat perompak itu kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta bersama wang RM1,000 yang disamun. 

-Maklumat yang YTT ambil dari sumber lain ada mengandungi gambar mangsa, namun YTT tidak mahu memasukkannya kerana ia agak keterlaluan-

sumber:pandang-pandang wordpress

Comments