Kes pembunuhan Gadis Perancis


Mayat GAdis Perancis ditemui di tanam dalam sebuah gua di Kg Tekek,Pulau Tioman
Penemuan mayat wanita perancis, Stephanie foray, 30, yang dibunuh sebelum ditinggalkan di dalam sebuah gua di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang pada 8 Ogos 2011 mengejutkan banyak pihak.
Wanita itu sebelum ini dilaporkan telah hilang oleh ahli keluarganya setelah bercuti di Pulau Tioman.
Misteri kehilangan wanita tersebut akhirnya terungkai hasil siasatan polis terhadap seorang peniaga, Asni Omar dari kampong tekek, lantas membawa kepada penemuan mayat Stephanie di gua yang terletak dibelakang rumah Asni, beberapa hari kemudian.
Pada 24 Ogos 2011, Asni didakwa buat pertama kali atas tuduhan membunuh Stephanie di Mahkamah Majistret Pekan, Pahang.
17 Mei 2012 di MAhkamah Kuantan, pihak pendakwa membentangkan kes mengemukakan keterangan bahawa kematian Stephanie adalah akibat perbuatan Asni berdasarkan keterangan pakar patologi, penemuan barang-barang mangsa dirumah tertuduh, dan pengakuan tertuduh mengenai kematian mangsa. 

Peniaga dituduh hentak Stephanie
17 Mei 2012, pihak pendakwaan membentangkan  kes untuk mengemukakan keterangan mengenai kematian wanita Perancis, Stephanie Foray, 30, di Pulau Tioman tahun lalu adalah akibat perbuatan tertuduh, Asni Omar, 37.
Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Tinggu Kuantan, Salim Soib, dalam ucapan pembukaan berkata, pihak pendakwaan akan mengemukakan pakar patologi Forensik bagi membuktikan kematian si mati akibat kesan hentakan tumpul ke kepala.
Selain itu, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan langsung mengenai keadaan serta bukti dokumen bagi mengaitkan tertuduh, seorang peniaga dengan kesalahan yang dilakukan seperti terkandung dalam pertuduhan.
Pihak pendakwaraya akan membawa keterangan menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan dengan niat meyebabkan kematian terhadap si mati antara pukul 8 malam 10 Mei 2011  hingga pukul 12 tengahari 12 Mei 2011 di rumah tak bernombor di kampung tekek pulau tioman di sini.
Tertuduh dilihat bersama mangsa pada malam 10 Mei 2012, dan selepas itu mangsa tidak lagi ditemui hinggalah rangkanya dijumpai pada 8 Ogos 2011.
 

Comments