Kes Danaharta-Tajuddin Ramli


KUALA LUMPUR- Kes saman Danaharta terhadap Tan Sri Tajuddin Ramli yang dikatakan bernilai lebih setengah billion, menjadi tanda tanya dikalangan ahli politik pembangkang apabila ia dibahaskan oleh Rafizy dan Khairy Jamaluddin di pentas debat pada 22 mei lepas.

Khairy dalam kenyataan balasnya terhadap Rafizy, menolak dakwaan bahawa kes itu tidak diselesaikan dengan baik dan mengatakan bahawa ada kemungkinan besar Tan Sri Tajuddin telah membayar lebih daripada RM 50 juta terhadap Danaharta untuk menyelesaikannya.

Kes saman Danaharta itu adalah berdasarkan tuntutan terhadap kegagalan Tajuddin menyelesaikan masalah pinjaman sindiket bernilai RM1.792 billion, yang melibatkan saham MAS sebanyak 32 peratus pada tahun 1994.

Kes saman Danaharta terhadap Tajuddin pada 2009 telah diselesaikan di luar mahkamah atas arahan dari Putrajaya kerana ia dikatakan akan mengambil masa untuk mencapai perjanjian “menang-menang”.

Putrajaya sebelum ini telah mengarahkan kesemua syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta agar menarik balik kesemua kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli untuk mengelakkan kerugian berbilion ringgit di pihak kerajaan.

Bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) ini juga dikatakan telah menyaman balas Danaharta sebanyak RM13 billion, tetapi ditolak oleh mahkamah.

Tan Sri Tajuddin Ramli adalah orang kepercayaan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut tentang bagaimana kes ini diselesaikan, menyebabkan banyak tanda tanya timbul.

Comments