Kes buli yang sangat teruk!


Kejadian ini berlaku selepas tercetusnya salah faham antara pelajar tingkatan tiga dan tingkatan dua dari sekolah yang sama.

Pelajar tingkatan tiga ini dikatakan tidak berpuas hati  dengan pelajar tingkatan dua, lalu pergi ke asrama dan membawa pelajar tingkatan dua ini ke sebuah tanah perkuburan yang tidak jauh dari sekolah mereka.

Pelajar tingkatan tiga ini juga membawa empat orang rakannya yang lain di mana mereka membelasah pelajar tingkatan dua itu sehingga separuh pengsan di sebabkan dipukul dengan topi keledar selain dibelasah bertubi-tubi sebelum meninggalkan pelajar tingkatan dua di situ.

Ketika itu abang pelajar tingkatan dua ini  mendapati adiknya tidak kelihatan di sekitar asrama , diberitahu oleh pelajar lain di asrama bahawa adiknya telah dibawa oleh pelajar tingkatan tiga berserta empat orang rakan yang lain keluar dari kawasan sekolah.

Setelah berusaha mencari di merata tempat, abangnya menjumpai adiknya dalam keadaan hampir pengsan dengan kecederaan di kepala, muka dan badan.

Tanpa berlengah lagi, abang budak ini pun menghubungi ayahnya dan membawa adiknya ke hospital yang berhampiran.


P/s: budak sekarang! Bahaya

Comments