Seorang ibu berusia 21 tahun,
Jessica Callaway menghembuskan asap ganja ke dalam mulut seorang anak perempuan
yang berusia 10 bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin. Dia kemudian ditangkap
selepas seorang rakannya merakamkan kejadian tersebut menerusi telefon bimbit
sebelum membuat aduan kepada polis di sini.
Ibu muda itu juga didapati memukul
anaknya itu.Dia mengaku kepada polis bahawa perbuatan tersebut pernah dilakukan
beberapa kali sebelum ini. Jessica kemudian dibebaskan dengan ikat jamin
AS$2700 (RM8074).
Comments
Post a Comment